Friday, April 18, 2008

P.r.a.s.a.n.g.k.a

''Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian dari prasangka itu adalah dosa.'' (QS Alhujuraat [49]: 12).

Secara etimologi, prasangka berarti pendapat (anggapan) yang kurang baik mengenai sesuatu sebelum mengetahui sendiri. Prasangka biasanya bersifat pradini, merusak, dan memihak serta mendorong ke arah tindakan gegabah. Berdasarkan pengertian tersebut, andai kita memperturutkannya, akan banyak keburukan yang ditimbulkan dari sifat ini.

Berprasangka bukanlah sifat dari orang yang beriman. Apalagi, Allah sudah menegaskan sebagian dari prasangka itu adalah dosa. Kondisi yang tidak nyaman dan saling mencurigai merupakan dampak dari prasangka. Ketidakharmonisan yang ditimbulkan akhirnya akan membawa perpecahan dan kehancuran.

Dan, itulah yang dikehendaki setan, musuh kita yang sesungguhnya. ''... dan kamu telah berprasangka dengan prasangka yang buruk dan kamu menjadi kaum yang binasa.'' (QS Alfath [48]: 12).

Selain itu, hanya dengan bermodal prasangka, kita tidak akan pernah mencapai kebenaran dalam memutuskan suatu perkara atau menghukum seseorang. Rasulullah SAW bersabda, ''Jika engkau berprasangka kepada seseorang, jangan engkau menyidiknya berdasarkan prasangka itu.'' (HR Ath Tabrani).

Sisi negatif lainnya dari sifat ini adalah menempatkannya pada kelompok orang-orang munafik. Alquran telah banyak membahas karakter orang-orang munafik dan sifat mereka yang selalu mengomentari dan mencibir orang-orang mukmin yang melakukan kebajikan.

Seperti yang telah difirmankan dalam QS Ali Imran [3]: 167, ''Mereka berkata dengan mulutnya apa yang tidak terkandung dalam hatinya. Dan, Allah lebih mengetahui apa yang mereka sembunyikan.''

Perhatikan orang-orang yang selalu berprasangka. Dalam kesehariannya, hati dan pikirannya tidak akan pernah tentram karena selalu dipenuhi dengan kecurigaan yang belum tentu benar adanya. Mereka hanya membuang waktu, pikiran, dan tenaga untuk suatu praduga yang belum pasti.

Orang-orang yang terhasut oleh prasangkanya akan membawa hal tersebut kepada orang lain, yang akhirnya akan membawa fitnah dan perpecahan. Tipe orang yang memiliki sifat seperti ini lama-kelamaan akan dijauhi oleh orang-orang di sekitarnya.

Maka, dengan banyaknya keburukan yang ditimbulkan oleh sifat ini, akankah kita selalu menyimpan prasangka?

Monday, April 14, 2008

About "white lies"

"White lies".....
Pernahkah Anda melakukannya?
Kalau ditanya setujukah Anda dengan "white lies" atau berbohong untuk kebaikan?
Saya dengan tegas akan mengatakan "TIDAK!!!!"
Saya beranggapan bahwa bohong dengan dalih apapun adalah termasuk dusta, dusta adalah usaha untuk menutupi kenyataan yang ada, dan dusta adalah termasuk ke dalam perbuatan yang dilarang dalam Islam.
Saya akan lebih menghargai orang yang mengatakan sesuatu apa adanya, tanpa ada yang harus ditutup-tutupi, berbicara sesuai dengan kenyataan walaupun kadang atau bahkan sering kenyataan itu sangat2 menyakitkan. Karena itulah makna kejujuran yang sesungguhnya.
Berkaitan dengan hal tersebut, saya tertarik sekali dengan artikel berikut yang saya copy paste dari sini :
Lelaki berbohong, perempuan menangis…
Oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN
Jika kelemahan lelaki dan wanita begitu diambil kira, pastilah kedua-duanya tidak hidup berpasangan. Namun, sudah menjadi fitrah serta tuntutan hidup bahawa lelaki dan wanita saling memerlukan. Justeru, wujudlah percintaan dan perkahwinan. Perkahwinan yang sebenar serta bersih adalah antara lelaki dan wanita. Mustahil berlaku perkahwinan sesama lelaki atau sesama wanita. Hanya perkongsian hidup lelaki dan wanita saja yang menghasilkan zuriat untuk kelangsungan kewujudan manusia di dunia ini. Satu perkara yang menarik mengenai perhubungan lelaki dan wanita dalam konteks suami-isteri, ialah lelaki selalu berbohong dan wanita sering menangis. Mengapa hal sedemikian terjadi? Menurut Pakar Runding & Kaunselor Profesional, Dr. Tajudin Ninggal, lelaki dan wanita memang selalu serta wajar berkomunikasi antara satu sama lain. Katanya, dalam berkomunikasi itu, ada beberapa perkara timbul. “Wanita bimbangkan masa depan sehinggalah dia bergelar isteri. Sedangkan lelaki tidak pernah bimbangkan masa depan sehinggalah dia bergelar suami,” katanya. Secara berseloroh, beliau berkata masalah wanita memang bermula daripada lelaki. Beliau menyebut beberapa perkataan dalam bahasa Inggeris yang mengandungi suku kata men, his dan guy yang berkaitan dengan masalah wanita. Sebagai contoh, menopause, mental illness dan menstrual pain, histerectomy dan guynaecologist. Beliau turut menyatakan satu hakikat dalam ungkapan yang menarik, iaitu wanita berbohong agar lelaki berasa selesa. Sementara lelaki berbohong agar dirinya kelihatan baik. “Lelaki berbohong untuk kebaikan dan mahu bergantung pada seseorang. Mereka mengambil alasan ini untuk menyelamatkan diri dan meredakan suasana,” jelas Dr. Tajudin. Tambahnya, wanita menangis untuk menyelesaikan tiga perkara, iaitu membersihkan mata, mengeluarkan kimia stres dari tubuh dan sebagai tanda bersedih akibat perasaan yang amat tersayat. Perhubungan yang baik antara lelaki dan wanita amat wajar diwujudkan. Jika tidak, hilanglah seri kehidupan ini. “Untuk mewujudkan perhubungan yang baik itu, lelaki dan wanita perlu berkomunikasi dalam dua bahasa, iaitu `bahasa lelaki’ dan `bahasa wanita’. Jika tidak, lelaki dan wanita akan terus saling menyalahkan,” tambah beliau. Ada beberapa perkara yang diperlukan lelaki dan wanita. Yang menariknya, jumlah perkara tersebut sama banyak, iaitu kedua-dua lelaki dan wanita memerlukan enam perkara. Lelaki memerlukan kepercayaan, persetujuan, penghargaan, kekaguman, keizinan dan galakan. Wanita pula memerlukan perhatian, persefahaman, hormat, kesetiaan, pengesahan dan keyakinan. Terdapat beberapa perkara yang kerap dilakukan wanita yang boleh menyebabkan lelaki berbohong serta merenggangkan perhubungan lelaki-wanita sebagai suami-isteri, iaitu berleter dan bertanya soalan remeh. “Lelaki memang tidak suka mendengar leteran dan soalan remeh. Semakin banyak dileteri dan ditanya, semakin dia tidak mempedulikan. Oleh kerana terus diasak dan bosan, dia pun berbohong untuk meredakan keadaan,” jelasnya. Selain itu, lelaki akan menganggap dirinya telah memberikan kepuasan penuh jika wanita tidak bertanya untuk meminta bantuan. Bagaimanapun, meminta bantuan perlu dilakukan dengan wajar. Jangan berselindung atau seperti mendesak. Wanita perlu meminta dengan berterus-terang, ringkas dan menggunakan perkataan seperti `Boleh tak?’. Seperkara lagi yang tidak boleh dinafikan ialah lelaki mampu menjadi penyelesai masalah. Ini kerana, otak lelaki berorientasikan penyelesaian, sedangkan otak wanita berorientasikan proses. Semoga kerjasama antara lelaki-perempuan ini dapat melahirkan sebuah hubungan yang harmonis seterusnya membentuk keluarga bahagia~~
So, apa sih susahnya untuk berkata apa adanya, untuk berkata sejujur-jujurnya, untuk berkata sesuai kenyataan yang ada, tanpa harus menutup-nutupi kenyataan yang terjadi?
How about you?